Tuesday, 4 October 2011

Jangan di Ceritakan Aib Sendiri

Assalamualaikum w.b.t

Waktu duduk termenung tiba-tiba rasa jari jemari nie terpanggil wat entry nie.....

Sebagai seorang manusia biasa kita sememangnya tak terlepas dari wat kesilapan dlam hidup kita....bezanya sama ada kecil atau besar je....tapi itu bukan tandanya yang kita boleh berbangga dengan kesilapan yang kita wat....tapi jadikan ianya sebagai pedoman dan pengajaran kepada kita dalam menempuh usia yang semakin hari semakin berkurangan.....tapi sekarang nie ramai yang senang -senang aje membuka aib diorang sendiri....pelik bila pikir bila ada manusia yang macam bangga ja bila diorang cerita tentang apa yang diorang buat walaupun dah tahu itu adalah satu kesilapan.....mungkin diorang kurang sedar  kesilapan yang diorang wat tu boleh menyebabkan jatuhnya maruah mereka atau keluarga mereka sendiri......
Sedangkan  kita tahu yang hukumnya berdosa apabila kita buka aib orang ini apatah lagi buka aib diri sendiri.....nauzubillah.....semoga diampunkan dosa-dosa kita.........


Aku tulis nie tak dak tujuan tuk mengaibkan sapa-sapa.....hanyalah sebagai ingatan tuk diri aku dari membuka aib sendiri dan aib orang len......juga sebagai perkongsian ilmu dengan yang lain.......
Semoga kita suma di pelihara oleh Allah dari membuka aib orang dan menyebabkan terbukanya aib kita sendiri.......

Tuesday, 27 September 2011

Doa Seorang Hamba


Ya Allah
Hanya pada-MU aku bermohon
tetapkan hati ku dan janganlah Engkau bolak balikkan hati ini 
setelah engkau beri petunjuk-MU kepada ku......


Ya Allah
Tabahkan juga hati aku dalam menghadapi setiap dugaan-MU
Agar diri ini tidak sesekali lupa akan nikmat dan hikmah yang ada di sebaliknya
Juga supaya diri ini tidak rapuh dalam bersyukur kepada-MU
Kerna hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.....

Ya Allah
Sesungguhnya diriku adalah milik-MU
Hidupku,ibadatku dan matiku 
hanya untuk-MU Ya Rabb.....
Maka hanya pada-MU tangan ku menadah 
memohon keampunan dan keredhaan dari-MU
Sesungguhnya dari-MU kami datang dan kepada-MU kami kembali

Amin Ya Rabbal'alamin








Sunday, 26 June 2011

SEGMEN KBU:JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t

Nie kali pertama kami nak join segmen yang di anjurkan....dinamakan Segmen KBU: JOM KEMBALI KE SEKOLAH oleh Pak Cu Sofi. kalau cakap bab sekolah nie mestila banyak kenangan yang terciptakan. Jadi segmen nie lebih kurang mengimbas zaman kanak-kanak riang kita.

Mana paling best, tadika,sekolah rendah,sekolah menengah?

Bagi kami semua sekolah ada kenangan dia tapi yang paling best time sekolah rendah. Bukan apa time tadika tak berapa ingat sangat apa yang best cuma kami ingat tadika kami dekat dengan masjid tapi sunyi.....takut pun ada.......hihihi. Time sekolah rendah maunye tak best,rasa-rasa dalam keluarga,kami la paling kuat melawan sekali bukan apa time nie kalau mak suruh pi sekolah mesti ada alasan punya. Sampaikan satu hari tu sampai kena tarik la turun tangga punya nak kejaq bas yabg duk tunggu kat bawah.....al-maklum la time nie duk umah flat....habis satu flat tau kut....nasib bek la pak cik bas tu cool gila sebab sanggup tunggu kami yang duk bebai habis nie.kalau pikir-pikir memang malu la tapi ada kami kisah.....hehehehe....

Pengalaman pahit
Kenangan yang paling kami tak boleh lupa zaman sekolah kena pisah dengan kawan-kawan. Duku kami duk Perak dan sempat sekolah rendah just satu tahun ja kat sana. Kami tak tau langsung yang kami nak kena pindah mai Kedah. kami tau yang nak kena pindah time ayah kami mai kelas pastu cikgu panggil pi depan. Memang sedih gila time nie. Sedih toksah duk cakap la. dah la nak kena tinggai kawan-kawan sekolah, kena pisah plak ngan kawan-kawan seangkatan kat flat tu.....memang tak ternilai la kenangan nie...

Pengalaman manis
 Banyak sangat kenangan manis nie......jadi top ten dalam kelas,jadi penolong ketua darjah tapi kenagan yang paling manis kami tak leh lupa time sekolah menengah kat kola kedah sebab kami first batch yang masuk sekolah tu SMK Seri Pantai. Lepas tiga tahun kat sekolah tu kami pindah pi Teknik Sg. Petani 2....kat cini memang banyak sangat kenangan manis...besa la bila duk asrama nie macam-macam yang kita buat.....kalau pagi2 nak mandi mesti kena beratur duku tak pun letak bekas mandi kat depan shower tapi mesti ikut turn la.....masa kat teknik kami masuk katering jadi time paling best mestila time masak memasak....memnag best gila....aku rasa hat ang ang rasa yang aku masak pastu riuh satu bengkel sampai mama ngan ummi kami tak larat nak marah.....habis-habis kalu dah tak larat nak buat keja lari masuk restaurant kat sebelah bengkel.....kat teknik gak kami dapat pengalaman serve orang makan......memang sibuk la kalau hari ada function....memang best la.......satu lagi kenangan yang tak boleh lupa time pi kem kadet polis sekolah....walaupun habis sakit satu badan dan tak cukup tidoq tapi berharga....

Subjek yang digemari
Semestinya penyediaan dan perkhidmatan makanan....sebab subjek nie boleh rasa dan makan....hehehehe....tapi kalau mai bab teori memang mata kelipop kelipop la......satu lagi subjek yang kami suka Bahasa Inggeris sebab teacher yang ngajar sangat best dan sporting habis, susah gila nak dengar dia marah......tapi time dia banyak yang berani nak cakap sebab akan dikenakan 10 sen setiap patah andaikata bahasa melayu menjadi bahasa perbincangan......suma sayang duit la.....tapi kami tak la terror BI pun tu yang jadi bek gila....

Subjek yang tak digemari
Pertama ialah matematik sebab tu kalau mai ujian asyik failed je....xpenah lulus dan reja tak penah siap.....kedua sejarah sebab kami time nie tak suka sangat nak mengingat fakta-fakta.....ketiga sains asal masuk kelas dia ja suma buat dikir barat atas meja(kepala dan tangan tutup muka) tapi cikgu nie relax ja tengok kami suma tidoq.....sampai kadang-kadang budak pandai pun boleh tersenguk2 duk tahan mata......serius boring clas dia....tapi alhamdulillah suma subjek time SPM lulus yang paling tak sangka Sains boleh dapat A1 sedangkan masa kelas asyik lena ja.....

Nie la sebahagian dari ceritera zaman sekolah......sebab tu la orang kata zaman sekolah paling best sekali.......


klik sini untuk join segmen nie....

Saturday, 18 June 2011

Akhirnya......

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah aku panjat kepada Allah s.w.t......

Terketar-ketar jantung aku nak buka email yang sendernye adalah Uitm...perlahan-lahan aku bukak sebab takut sangat nak tengok....namun apa yang mampu aku ucapkan segala puji hanyalah untuk Allah s.w.t.....
keputusan yang terpampang membuatkan getaran kat jiwa nie berkurangan sedikit.....dan terasa apa yang aku usahakan sepanjang semester ini berbaloi.......

Finally i'm already complete my study.....Thank you so much to my advisor,lecturers and frenz,especially my family who support me so much.....i love all of you....


Just wait for Graduation Day.........:)

sorry kalau english di atas sangat la brokennya......

Friday, 27 May 2011

CINTA UTAMA....

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T

Perkataan aku cinta padamu, ana behibak(kepada lelaki),ana behibek(kepada perempuan),
i love you, wo ai ni, sarang heyo seringkali kita dengar dan seringkali kita sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan ucapkan......

Bagi kita sebagai seorang manusia yang cukup sempurna kejadian mestilah mempunyai perasaan cinta.....betui dak.....Contohnya::

Kita sebagai seorang anak mesti la syang dan cinta sangat dekat our parents kan....sapa la yang tak sayang parents diorang kan.......

Selain tu kita sebagai manusia yang ada akal fikiran mestilah ada perasaan cinta terhadap ilmu sebab dengan ilmu la seseorang manusia tu dipandang hina atau mulia....tak kira la ilmu apa pun asal tak melanggar syariat Islam......

Disamping tu jugak cinta seorang pejuang kepada perjuangannya dalam menjaga keamanan negara,bangsa dan agama......

Dan macam-macam lagi la cinta.......sebab pada dasarnya kita sebagai manusia biasa akan lakukan apa saja dalam mendapatkan cinta......ianya fitrah bagi setiap manusia.....

Namun dengan cinta manusia boleh jadi mulia atau hina....

Oleh sebab itu, kita kena lihat balik sedalam-dalam diri kita......sebenar-benar cinta tu layak untuk diletakkan pada sapa dulu.......sebagai insan yang beragama Islam mesti kita tau kan....cinta kepada Allah adalah cinta yang paling hakiki......ia mengatasi cinta kita terhadap yang lain....

Sebab tu la jika kita rasa macam ada "something-something" yang muncul dalam hati kita.....cepat-cepat la beristighfar.........semoga kita tidak akan kecewa..........

notakaki::
-yakinlah bila kita buat apa-apa pun kerana Allah Ta'ala, insya'Allah kita akan rasa   manisnya........
-sebagai ingatan diri sendiri&renungan bersama-sama......
-maaf sekiranya ada salah kata.......

Monday, 23 May 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU.......MEYRA &YOE

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat........

21 Mei 2011(Sabtu)
Hari nie aku menghadiri perkahwinan adik sepupu aku kat Juru, Penang.......
Best dapat pi sebab dapat gak mencurahkan bakti yang tak seberapa......hihihi


Rasa excited gila plak bila tengok orang kahwin nie....hihihi
Yela muda-muda dah kahwin kan.....
Hehehe tak pa bak kata sepupu2 aku yang comey-comey nie bagi peluang kat adik-adik dulu
tu la orang kata kalu dah jodoh......
Andak & Not nanti turn you all plak......


Anyway Selamat Pengantin Baru diucapkan pada my cousin Meyra dan Yoe.....
Semoga kekal hingga akhir hayat.......


notakaki: best sangat sebab dapat jumpa dan kumpul ramai-ramai.....bila la plak turn aku kan hehehehe



Wednesday, 4 May 2011

Apa yang Perlu Dilakukan Bila.........??

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar suma.....harap-harap suma dalam keadaan sihat dan walafiat....
Hari nie bangun tengok cuaca elok cerah je....selepas hujan yang lebat semalam...

Sesiapa saje yang bergelar Perempuan/Gadis/Wanita diluar sana mempunyai satu impian untuk bergelar seorang suri/isteri untuk seorang lelaki yang digelarkan suami.....mereka mahu menjadi yang terbaik dan isteri yang solehah demi mencari redha seorang suami dan lantas mendapat keredhaan Allah S.W.T....betulkan sapa yang tak mau masuk syurgakan....setiap seorang yang memegang title nie nak sangat masuk syurga sebab orang kata kita nie golongan yang senang masuk syurga......namun hati dan iman golongan ini kerapkali di uji dengan pelbagai dugaan....walaubagaimanpun mereka tetap menerima setiap dugaan yang diturunkan dengan kesabaran yang tinggi....kadang-kadang hanya airmata saja mampu menjadi pengubat untuk meluahkan segala isi hati dalam masa yang sama memohon pertolongan dari Yang Esa.......

Seorang isteri yang mengalirkan air mata bukan bermakna dia lemah namun itulah kekuatan mereka.....kepada seorang lelaki yang digelar suami jika isteri anda menangis di hadapan anda apa yang akan dilakukan....???dan apakah makna airmata itu.....oleh sebab itu lelaki yang bergelar suami:

Jika mereka menangis dihadapan anda: hargailah dia sblm terlewat, dan 
itu menunjukan dia tidak dpt menahan lagi
Jika disaat dia menangis kau pegang tangannya, dia akan tinggal bersamamu selama hidupmu......
namun jika kau biarkannya pergi, maka dia mungkin tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu dan 
tidak akan kembali seperti dulu selamanya!!
Ini kerana seeorang isteri mereka tidak menangis dengan mudah, kecuali 
didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

  Mereka tidak menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
  Dan akan menurunkan rasa EGOnya.
Pada suami2, jika seorang istri pernah menangis kerana kamu, 
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
  sebabnya dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Pada suami2, jika isterimu menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. mungkin disebabkan keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
 
Oleh sebab itu bagi seorang suami ataupun yang bakal jadi suami ingatlah seorang ISTERI SANGAT BERHARGA......DAN SANGAT2 BERHARGA......

Segala yang baik dari ALLAH dan yang lemah dari saya sendiri............