Wednesday 28 December 2011

Terluka

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya dah lama tak menghupdate laman teratak nie.....bukan masa tak mengizinkan tapi kehendak hati yang menghalang.
Tiba-tiba rini rasa nak melemparkan sikit rasa hati yang dah lama melukut kat rantai hati nie......
Kadang-kadang aku pelik dengan manusia nie.....adakah salah kalau kita nak buat perubahan ke satu arah yang lain walaupun aku tahu perubahan tu akan buat ada hati yang terluka.
Tapi bagi aku tak salah kut kalau apa yang kita buat mungkin akan buat sekurang-kurangnya seseorang itu terbuka mata dan mindanya dalam berfikir kenapa jadi begini.....walaupun tak banyak namun ia mampu buat kita terfikir sejenak....tapi mungkin fitrah manusia kadang-kadang keegoan boleh membuat kita terlupa....dan mungkin juga rasa marah membaluti kebaikan yang ada pada diri seseorang....
Namun bagi aku tak salah untuk kita rasa kecil hati dengan perubahan yang dibuat oleh seseorang itu tapi sebagai manusia biasa kita harus ingat bukan semua orang perfect dan dapat terima apa saja yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya....sekurang-kurangnya berfikirlah dari meletak segala kesalahan itu hanya pada satu pihak.....
Oleh sebab itu seringkali aku ingat diri ini tak semua yang kita buat orang senang dan bukan semua orang senang dengan apa yang kita lakukan untuk mereka walaupun bagi kita itu adalah satu kebaikanbagi mereka....aku juga seringkali mengingatkan diri untuk memaafkan seseorang
kadang-kadang kita rasa tindakan kita itu betul.....walaupun pada pandangan orang ianya salah.....tapi aku akui kadang-kadang tindakan kita disebaliknya ada juga sedikit cacat cela.....walaubagaimanapun belajar la memaafkan....
Janganlah kita menyombongkan diri kita dan kedekut dengan kemaafan kerana sikap ini bagi aku hanya memakan diri sendiri........

~ampa suma rasa macam mana?~