Thursday 19 September 2013

BAHAGIA???

Assalamualaikum w.b.t....

Fuhhh lama betui tingai aktiviti coret-mencoret nie. Hampir setahun gak tak menghupdate apa-apa. Time nie betui-betui tertanya motif wat blog hihihi....

Rasa riang bahagia hati nie macam lagu arwah Sudir tu....bila mana tengok sahabat handai, rakan taulan semua bahagia dengan kehidupan masing-masing. Ada yang baru mendirikan rumahtangga, yang baru bertunang dan tak lama lagi akan berkahwin, yang selamat melahirkan putera dan puteri dan yang bakal menambah bakal-bakal khalifah, serta ada juga yang dah jadi usahawan. Alhamdulillah....

Itulah kadang-kadang diri kita akan rasa bahagia dengan sendirinya bilamana tengok orang-orang sekeliling kita bahagia dan berjaya...Pada yang dah/baru/akan berkahwin semoga hubungan anda  kekal hingga Jannah....dan pada usahawan2 semoga terus maju...pada putera-puteri yang baru menjengah dunia semoga menjadi khalifah yang soleh dan solehah...

Doa untuk kalian semua semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia dan akhirat sana....Amin.




No comments: