Saturday 30 April 2011

Selamat Tinggal..........

Assalamualaikum w.b.t

Semalam 29 April 2011......berakhirlah 6 semester = 2 tahun 
aku bertungkus-lumus menghabiskan pengajian degree kat UiTm Perlis...
maka semalam juga adalah hari terakhir bergelar pelajar IPT
syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah S.W.T....
walaupun tak rasmi lagi (sebab belum graduate)...hihihihi

Sungguh cepat  masa berlalu
sedar tak sedar dah habis 2 tahun aku kat arau nun....
dalam masa 2 tahun tu macam-macam kenangan yang tercipta....
macam-macam kerja gila di buat bersama kawan-kawan aku....
sedangkan masa mula-mula masuk situ 
memang rasa mcam nak balik je...
tapi betui la setiap apa yang berlaku 
pasti ada hikmahnya.....

Hati nie rasa sonok pun ada rasa sedih pun ada
yela kan kena pisah dengan kawan-kawan
dah takkan terkejar-kejar hantar asignment
tak merempit pi kelas dah....
and paling penting takdak dah la nak pi makan laksa kak su macam dulu
ish kalau nak kenang memang banyak la....
walaupun dalam masa yang sama banyak dugaan yang datang
tapi Alhamdulillah masih lagi di beri peluang untuk mencipta semua kenangan nie....
tu la kan orang kata time zaman belajar nie la paling best.....
tapi yang best sebab aku dah habiskannya dengan jayanya....heheheh

tapi apa pun hidup mesti diteruskan 
biarkan kenangan jadi sebagai pemanis hidup nie...
dan semoga apa yang dilalui menjadi sebagai pengalaman dan pengajaran 
dalam melalui perjalanan hidup kita...
dan apa yang pasti selagi diberi peluang 
untuk bernafas dan memijak muka bumi Allah yang luas nie
selagi itu aku akan terus mencari ilmu yang bermanfaat
dan selagi itu aku takkan berhenti belajar...
Semoga sentiasa di berkati dan diredhai Allah.....

notakaki: mnta maaf ari nie rasa nak guna kata ganti nama aku....

Friday 22 April 2011

MARI SAMA-SAMA MEMPERKASAKAN IBADAT SOLAT

Assalamualaikum w.b.t.....

Seminggu lepas cek ada baca pasai Bengkel Pengukuham Solat dalam satu paper nie.... ianya bertujuan umtuk memprkasakan ibadat solat dikalangan umat Islam dan dia jar cara yang betul dalam melaksnakan rukun Islam yang satu ni bahkan wajib pulak tu........sebab solat nie sebagaimana kita tau adalah tiang aagam bagi seorang yang bergelar Muslim dan kat  identity card tu tercetak agama Islam......

Dalam penulisan wartawan nie dia ada bagitau bahawa yang solat ini bukan la satu ibadat yang biasa tapi extraordinary sebab dalam setiap pergerakan solat ada terkandung berjuta-juta manfaat dan kebaikan....bukan satu dua tapi berjuta.......kalau duit kita mesti dah rambang mata kan.....Subhanallah hebat sungguh Allah kan dia wajibkan kita solat bukan shaja dia bagi kita pahala tapi kurniakan kesihatan yang tidak ternilai untuk diri kita sebagai umat Islam......beruntung sungguh kita yang dilahirkan dalam Islam nie....syukur Alhamdulillah Ya Allah, kerana berikan hamba-Mu ini merasa nikmat dilahirkan dan merasai nikmatnya sebagai seorang Islam......

Kat sini cek nak berkongsi dengan ampa suma tentang manfaat pergerakan solat yang wartawan nie tulis dalam artikelnya.....tapi arinie cek kongsi setengah dulu ye.....

Posisi pertama-berdiri lurus dan mengangkat tangan ke atas(takbiratulihram)
faedah: badan rasa nudah untuk tampung berat sebab ianya terletak sama rata di kedua2 kaki. balakang badan lurus dan tidak bongkok serta dapat kawal fikiran dan lebih fokus,mata tengok tempat sujud-otot2 semua akan tenang dan pusat atas dan bawah bersatu.

 Posisi kedua-berdiri betul serta basa Al-Fatihah dan berdiri betul
faedah: timbulkan konsentrasi minda, rejhatkan kaki,bahagian belakang,timbulkan rasa rendah diri,khusyuk dan tawadhuk. Dalam bacaan hampir semua bacaan bunyi macam bahasa Arab dituturkan,menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran daripada 99 nama Allah dalam keadaan terkawal dan sempurna ke seluruh badan,fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang A,I,U merangsang hati, kelenjar tiroid,kelenjar pineal,kelenjar adrenal dan paru-paru,membersihkan serta mempertingkatkan perjalan semua anggota berkenaan........hmm bukan menyanyi je ada kena guna vokal tau...

Posisi ketiga-rukuk
Faedah-merenggangkan otot bahagian bawah belakang,paha dan betis, darah di pam ke badan atas. Melembutakn otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan peribadi , menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikn batin

Posisi keempat- iktidal iaitu berdiri lurus selepas rukuk
Faedah: darah yang baru bergerak masuk ke dalam ketika gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa tubuh. Badan memdapat semula waktu rehat dan melepaskan ketegangan......

nota kaki:
- laksanakan la solat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT....bukan sebab lain......sebab solat             boleh melindungi  kita.....nie juga sebagai peringatan kepada saya.......
-artikel nie ditulis oleh Hidayatul Akmal Ahmad,Metro 



          

Thursday 21 April 2011

WATIKAH UNTUK KAMI BLOGGER UTAGHA

Assalamuailaikum. w.b.t
salam hamba untuk KBU.......harap-harap sihat suma ya....
Yang terutama sekali kami nak ucap tima kasih banyak-banyak tak terhingga kat Cik Kiera  sebab dia yang bawa kami join dunia blog nie....
dah dua kali kami join ampa punya gathering.....memang ampa suma best la walaupun masa tu kami bukan blogger just silent reader......tapi ampa still buleh layan...memang terbaek la geng2 Kami Blogger Utagha....
sampai kami pun terinfluence nak wat blog nie..walaupun tak tau apa pasai blogging......thanx so mush....


Cek perkenalkan diri cek no.....
Nama diberi MASTURA MANSHOR
orang panggil MAS bukan Malaysia Airlines tau.....
asal lahir di Perak tapi dibesarkan di Kedah tapi still utagha person...
mak dan ayah pun memang orang utagha....
tempat menetap umah mak dan ayah kat Kuala Kedah

note kaki: harap boleh diberi tunjuk ajar dan nasihat serta berpesan-pesan antara kita semua.....

Tuesday 19 April 2011

Mr.T tersayang......

Assalamualaikum w.b.t

Otak sakit, gelong dan sewaktu dengannya....
dah hampir seminggu jadi macam nie.....
sampai nak buat curahan idea kat belog pun tak sempat.....

Bukan apa minggu nie cek asyik sungguh duk dengan buah hati pengarang jantung cek......Mr.T
Sampai tidoq pun tak tentu hala(tapi makan tak penah tak tentu hala)
rini tidoq awai esok tidoq lambat plak.....
sampai adik cek kata "akak duk umah tak buat apa-apa pun" sedih nau.....
punya la duk bergaduh ngan Mr.SPSS pasai ang sampai tak sedaq masa duk berjalan......
ang wat cek rasa nak termuntah balik pun ada segala isi perut....
punya la duk layan ang......
dasyhat bebenor penangan ang no.......
tapi tak boleh nak marah kat ang gak
tudia la sebelum nie duk guna istilah kita kayuh pelan-pelan
la nie kena wat pecutan mau tak gelabah bewak....
ish2......
tapi tak pa ang la penolong  cek dalam menunaikan impian cek ...
tapi kadang2 ang jadi gak masalah kat cek sampai hampir migrain pala cek.....
hm esok la ari penentu cek nak reveal pasai ang.....
nak tengok penangan ang kat cek 
boleh tak jadi tarikan kat orang len......
Gabra cek nak kena tunjuk ang kat orang len.....
Esok adalah penentu segalanya samada cek dan ang akan diterima perhubungannya.......
wahai Mr.T........cek memang sayang ang sangat2....kih2

p/s: moga-moga apa yang dikehendaki berjalan dengan lancar pada esok hari......






Monday 4 April 2011

Jangan Pandang belakang......

Assalamualaikum w.b.t.


Bertarikhkan 4 April 2011 cek saja menggatalkan tangan nie tuk menaip kat halaman blog cek nie......untuk kali pertamanya dalam hidup cek....
Hari ni cek saja2 bukak web sana web sini untuk cari ilmu yang berguna dan berfaedah sebagai peringatan dan pedoman untuk cek.Jalan punya jalan cek jumpa la satu artikel yang bertajuk Rumput Dan Kasih Sayang. Cek rasa tertarik bila baca cerita yang ditulis. Artikel nie kisah dia pasai sorang pelajar yang nak tau macam mana nak pilih orang yang terbaik untuk berkongsi kasih dan cara nak kekalkannya. 

Hanya dengan menyuruh paelajarnya berjalan dipadang yang luas sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang, lantas pelajar yang mengenggam perasaan ingin tahu yang sangat tinggi ala-ala gunung Himalaya terus berjalan sehinnga ke hujung padang, namun kembali ke kelas tanpa satu hasil yang dikutipnya. cikgu dia pun heran la awat murid dia tak bawa apa2 pun. 
Pelajar tu pun kata la "tadi saya jalan sambil mencari rumput yang cantik, memang banyak yang cantik tapi cikgu suruh cari yang paling cantik ,sampai hujung pun saya tak jumpa yang tercantik.Dalam masa yang sama saya teringat kat pesan cikgu yang tak bagi saya pandang belakang semula walaupun ada yang terlepas tadi. Jadi tak dak la hasil dia.
Cikgu pun menjawab : Itulah jawapannya. Andai kata kita terjumpa dengan insan yang kita sayang maka hargailah dia dengan sebaik mungkin.janganlah kita mencari yang lebih terbaik dari itu.janganlah pandang ke belakang lagi kerana apa yang terjdi sudah pun terjadi.yang berlalu biarkan berlalu. andaikata terdapat masalah yang berlaku dalam perhubungan kamu maka duduklah dan berbincang secara baik walaupun kita tahu banyak perkara yang akan mengganggu gugat perhubungan itu.dan ingatlah orang yang kita sayang itu adalah orang yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi. melainkan perhubungan itu tidak mampu diselamatkan lagi maka bermulalah sekali lagi. oleh sebab itu kasihilah dan hargailah orang yang dihadapan kamu dengan setulus dan seikhlas mungkin. 
Yang paling penting kasihi dan sayangilah orang dihadapan kamu itu kerana Allah S.W.T....bukan kerana nafsu.

So,
  • Bersyukurlah dengan kasih sayang yang dianugerahi oleh-NYA kepada kau pada hari ini, kerana andai kau meninggalnya mungkin yang demikian kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
  •  Wahai insan, sesungguhnya kasih sayang Allah itu yang paling hakiki. maka janganlah sekali-kali kau memaling dari mencari kasih Allah. kerana sekiranya kamu berbuat demilian maka kamu la serugi-rugi manusia.