Friday 27 May 2011

CINTA UTAMA....

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T

Perkataan aku cinta padamu, ana behibak(kepada lelaki),ana behibek(kepada perempuan),
i love you, wo ai ni, sarang heyo seringkali kita dengar dan seringkali kita sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan ucapkan......

Bagi kita sebagai seorang manusia yang cukup sempurna kejadian mestilah mempunyai perasaan cinta.....betui dak.....Contohnya::

Kita sebagai seorang anak mesti la syang dan cinta sangat dekat our parents kan....sapa la yang tak sayang parents diorang kan.......

Selain tu kita sebagai manusia yang ada akal fikiran mestilah ada perasaan cinta terhadap ilmu sebab dengan ilmu la seseorang manusia tu dipandang hina atau mulia....tak kira la ilmu apa pun asal tak melanggar syariat Islam......

Disamping tu jugak cinta seorang pejuang kepada perjuangannya dalam menjaga keamanan negara,bangsa dan agama......

Dan macam-macam lagi la cinta.......sebab pada dasarnya kita sebagai manusia biasa akan lakukan apa saja dalam mendapatkan cinta......ianya fitrah bagi setiap manusia.....

Namun dengan cinta manusia boleh jadi mulia atau hina....

Oleh sebab itu, kita kena lihat balik sedalam-dalam diri kita......sebenar-benar cinta tu layak untuk diletakkan pada sapa dulu.......sebagai insan yang beragama Islam mesti kita tau kan....cinta kepada Allah adalah cinta yang paling hakiki......ia mengatasi cinta kita terhadap yang lain....

Sebab tu la jika kita rasa macam ada "something-something" yang muncul dalam hati kita.....cepat-cepat la beristighfar.........semoga kita tidak akan kecewa..........

notakaki::
-yakinlah bila kita buat apa-apa pun kerana Allah Ta'ala, insya'Allah kita akan rasa   manisnya........
-sebagai ingatan diri sendiri&renungan bersama-sama......
-maaf sekiranya ada salah kata.......

Monday 23 May 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU.......MEYRA &YOE

Assalamualaikum w.b.t

Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat........

21 Mei 2011(Sabtu)
Hari nie aku menghadiri perkahwinan adik sepupu aku kat Juru, Penang.......
Best dapat pi sebab dapat gak mencurahkan bakti yang tak seberapa......hihihi


Rasa excited gila plak bila tengok orang kahwin nie....hihihi
Yela muda-muda dah kahwin kan.....
Hehehe tak pa bak kata sepupu2 aku yang comey-comey nie bagi peluang kat adik-adik dulu
tu la orang kata kalu dah jodoh......
Andak & Not nanti turn you all plak......


Anyway Selamat Pengantin Baru diucapkan pada my cousin Meyra dan Yoe.....
Semoga kekal hingga akhir hayat.......


notakaki: best sangat sebab dapat jumpa dan kumpul ramai-ramai.....bila la plak turn aku kan hehehehe



Wednesday 4 May 2011

Apa yang Perlu Dilakukan Bila.........??

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar suma.....harap-harap suma dalam keadaan sihat dan walafiat....
Hari nie bangun tengok cuaca elok cerah je....selepas hujan yang lebat semalam...

Sesiapa saje yang bergelar Perempuan/Gadis/Wanita diluar sana mempunyai satu impian untuk bergelar seorang suri/isteri untuk seorang lelaki yang digelarkan suami.....mereka mahu menjadi yang terbaik dan isteri yang solehah demi mencari redha seorang suami dan lantas mendapat keredhaan Allah S.W.T....betulkan sapa yang tak mau masuk syurgakan....setiap seorang yang memegang title nie nak sangat masuk syurga sebab orang kata kita nie golongan yang senang masuk syurga......namun hati dan iman golongan ini kerapkali di uji dengan pelbagai dugaan....walaubagaimanpun mereka tetap menerima setiap dugaan yang diturunkan dengan kesabaran yang tinggi....kadang-kadang hanya airmata saja mampu menjadi pengubat untuk meluahkan segala isi hati dalam masa yang sama memohon pertolongan dari Yang Esa.......

Seorang isteri yang mengalirkan air mata bukan bermakna dia lemah namun itulah kekuatan mereka.....kepada seorang lelaki yang digelar suami jika isteri anda menangis di hadapan anda apa yang akan dilakukan....???dan apakah makna airmata itu.....oleh sebab itu lelaki yang bergelar suami:

Jika mereka menangis dihadapan anda: hargailah dia sblm terlewat, dan 
itu menunjukan dia tidak dpt menahan lagi
Jika disaat dia menangis kau pegang tangannya, dia akan tinggal bersamamu selama hidupmu......
namun jika kau biarkannya pergi, maka dia mungkin tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu dan 
tidak akan kembali seperti dulu selamanya!!
Ini kerana seeorang isteri mereka tidak menangis dengan mudah, kecuali 
didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

  Mereka tidak menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
  Dan akan menurunkan rasa EGOnya.
Pada suami2, jika seorang istri pernah menangis kerana kamu, 
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
  sebabnya dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Pada suami2, jika isterimu menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. mungkin disebabkan keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
 
Oleh sebab itu bagi seorang suami ataupun yang bakal jadi suami ingatlah seorang ISTERI SANGAT BERHARGA......DAN SANGAT2 BERHARGA......

Segala yang baik dari ALLAH dan yang lemah dari saya sendiri............