Monday 23 January 2012

Bicara Jodoh

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie aku sembang-sembang ngan salah sorang sahabat aku nie. Macam-macam yang kami bualkan. Tiba-tiba dia melahirkan rasa bimbang yang umur semakin meningkat hidup semakin pendek tapi belum jumpa calon yang sesuai.....bukan sebab apa hanya kerana ramai sangat yang perli time umur macam nie ramai kawan seangkatan kami yang dah bertunang, dah berkahwin, dah berkeluarga. Dia takut jadi anak dara tua la takut tak dak orang mau kat dia la....dan macam2 lagi.....

Aku pun tak tau nak jawab apa sebab aku pun masih mencari, jadi hanya boleh tenangkan hati dia dengan kata setiap makhluk di muka bumi nie di jadikan oleh Allah s.w.t berpasang-pasang....kalaupun kita tak dikurniakan jodoh di muka bumi nie mungkin jodoh kita dah tunggu kita kat sana.....jodoh pertemuan dan ajal maut nie hak Allah s.w.t....kita hanya berusaha dan berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang beriman.........mudah-mudahan.

Biar lambat dapat jodoh asalkan dapat kita punya Mr.Right dari menyerah diri dan menjadi mangsa kepada insan yang tidak beriman kemudian nanti.

Wallahu'alam......