Saturday 21 September 2013

SIAPA KAU?????

Assalamualaikum w.b. t.....

Astaghfirullah...Allahuakhbar....Alhamdulillah...tu je yang cek boleh ucapkan bila mana dengar benda-benda pelik. Heran betui cek kat zaman yang semakin canggih dengan teknologi ada lagi manusia yang suka dengan benda tahyul nie. Mandrem orang sana sini. Kalau tak puas hati ke apa ke tak boleh ke terus pi depan orang tu cakap "wei aku tak puas ati kat ang ngan family " . Habis kuat pun kalau dah tak berani sangat nak berdepan duk senyap-senyap tak payah la nak hantaq setan jin iblis laknatullah tu bagai.  Sebab tak semua orang tau pasaipa orang tak suka depa. Membara cek kalau dengar benda-benda macam nie.Tak paham betui dengan manusia yang ada perangai  macam nie.

Ampa sapa la yang nak musnahkan orang lain punya kehidupan. Kita nie manusia biasa ja, akhirnya balik  pada Dia.  Ampa tak penah pikiaq ka kadang-kadang apa yang ampa buat tu bukan kena pada sasaran pun terpesong kena orang len. Ampa bahagia kut duk buat benda macam nie. Mungkin ampa lupa Allah tu Maha Kuasa, doa orang yang teraniaya nie Allah makbulkan.  Kat dunia nie mungkin ampa rasa boleh lepas tapi akhirat sana minta maaf la ye. Lari la kot cerok mana pun tak terlepas punya. Sudah-sudah la ngan perangai jahiliah tu. Cek doakan la orang yang buat benda-benda tahyul nie semoga Allah buka pintu hati dia tuk bertaubat cepat-cepat. 

Doaku: Semoga Allah melindungi keluargaku,sahabat-sahabatku dan semua orang yang ku sayang....Amin


Thursday 19 September 2013

BAHAGIA???

Assalamualaikum w.b.t....

Fuhhh lama betui tingai aktiviti coret-mencoret nie. Hampir setahun gak tak menghupdate apa-apa. Time nie betui-betui tertanya motif wat blog hihihi....

Rasa riang bahagia hati nie macam lagu arwah Sudir tu....bila mana tengok sahabat handai, rakan taulan semua bahagia dengan kehidupan masing-masing. Ada yang baru mendirikan rumahtangga, yang baru bertunang dan tak lama lagi akan berkahwin, yang selamat melahirkan putera dan puteri dan yang bakal menambah bakal-bakal khalifah, serta ada juga yang dah jadi usahawan. Alhamdulillah....

Itulah kadang-kadang diri kita akan rasa bahagia dengan sendirinya bilamana tengok orang-orang sekeliling kita bahagia dan berjaya...Pada yang dah/baru/akan berkahwin semoga hubungan anda  kekal hingga Jannah....dan pada usahawan2 semoga terus maju...pada putera-puteri yang baru menjengah dunia semoga menjadi khalifah yang soleh dan solehah...

Doa untuk kalian semua semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia dan akhirat sana....Amin.