Monday 4 April 2011

Jangan Pandang belakang......

Assalamualaikum w.b.t.


Bertarikhkan 4 April 2011 cek saja menggatalkan tangan nie tuk menaip kat halaman blog cek nie......untuk kali pertamanya dalam hidup cek....
Hari ni cek saja2 bukak web sana web sini untuk cari ilmu yang berguna dan berfaedah sebagai peringatan dan pedoman untuk cek.Jalan punya jalan cek jumpa la satu artikel yang bertajuk Rumput Dan Kasih Sayang. Cek rasa tertarik bila baca cerita yang ditulis. Artikel nie kisah dia pasai sorang pelajar yang nak tau macam mana nak pilih orang yang terbaik untuk berkongsi kasih dan cara nak kekalkannya. 

Hanya dengan menyuruh paelajarnya berjalan dipadang yang luas sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang, lantas pelajar yang mengenggam perasaan ingin tahu yang sangat tinggi ala-ala gunung Himalaya terus berjalan sehinnga ke hujung padang, namun kembali ke kelas tanpa satu hasil yang dikutipnya. cikgu dia pun heran la awat murid dia tak bawa apa2 pun. 
Pelajar tu pun kata la "tadi saya jalan sambil mencari rumput yang cantik, memang banyak yang cantik tapi cikgu suruh cari yang paling cantik ,sampai hujung pun saya tak jumpa yang tercantik.Dalam masa yang sama saya teringat kat pesan cikgu yang tak bagi saya pandang belakang semula walaupun ada yang terlepas tadi. Jadi tak dak la hasil dia.
Cikgu pun menjawab : Itulah jawapannya. Andai kata kita terjumpa dengan insan yang kita sayang maka hargailah dia dengan sebaik mungkin.janganlah kita mencari yang lebih terbaik dari itu.janganlah pandang ke belakang lagi kerana apa yang terjdi sudah pun terjadi.yang berlalu biarkan berlalu. andaikata terdapat masalah yang berlaku dalam perhubungan kamu maka duduklah dan berbincang secara baik walaupun kita tahu banyak perkara yang akan mengganggu gugat perhubungan itu.dan ingatlah orang yang kita sayang itu adalah orang yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi. melainkan perhubungan itu tidak mampu diselamatkan lagi maka bermulalah sekali lagi. oleh sebab itu kasihilah dan hargailah orang yang dihadapan kamu dengan setulus dan seikhlas mungkin. 
Yang paling penting kasihi dan sayangilah orang dihadapan kamu itu kerana Allah S.W.T....bukan kerana nafsu.

So,
  • Bersyukurlah dengan kasih sayang yang dianugerahi oleh-NYA kepada kau pada hari ini, kerana andai kau meninggalnya mungkin yang demikian kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
  •  Wahai insan, sesungguhnya kasih sayang Allah itu yang paling hakiki. maka janganlah sekali-kali kau memaling dari mencari kasih Allah. kerana sekiranya kamu berbuat demilian maka kamu la serugi-rugi manusia.



6 comments:

fRaMe+LenSeS said...

saya da jumpa rumput paling cantik. ;)

Kira Sakura said...

hye yunk... sye rndu awk.. rndu nk gelak2.. huhuhu

AdiSuda said...

nk rumput..wat sup..^_^

Pakcu Sofi said...

pandangan yg Tuhan anugerahkan tu cantik~

Mek Onie said...

kak mas ...... acecehhhh, dah follow kak mas dah, onie tgh cari rumput cantik gak ni * sedih gila ayat T_T

CikTomyam said...

setuju..^^