Monday 23 January 2012

Bicara Jodoh

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie aku sembang-sembang ngan salah sorang sahabat aku nie. Macam-macam yang kami bualkan. Tiba-tiba dia melahirkan rasa bimbang yang umur semakin meningkat hidup semakin pendek tapi belum jumpa calon yang sesuai.....bukan sebab apa hanya kerana ramai sangat yang perli time umur macam nie ramai kawan seangkatan kami yang dah bertunang, dah berkahwin, dah berkeluarga. Dia takut jadi anak dara tua la takut tak dak orang mau kat dia la....dan macam2 lagi.....

Aku pun tak tau nak jawab apa sebab aku pun masih mencari, jadi hanya boleh tenangkan hati dia dengan kata setiap makhluk di muka bumi nie di jadikan oleh Allah s.w.t berpasang-pasang....kalaupun kita tak dikurniakan jodoh di muka bumi nie mungkin jodoh kita dah tunggu kita kat sana.....jodoh pertemuan dan ajal maut nie hak Allah s.w.t....kita hanya berusaha dan berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang beriman.........mudah-mudahan.

Biar lambat dapat jodoh asalkan dapat kita punya Mr.Right dari menyerah diri dan menjadi mangsa kepada insan yang tidak beriman kemudian nanti.

Wallahu'alam......

3 comments:

Kira Sakura said...

mungkin ini dapat membantu awak dan dia... :)

berdoa agar diberi jodoh yang baik, boleh memimpin kita lebih mencintaiNya...

berusaha didik diri kita jadi yang terbaik, bukan sahaja kita menjadi terbaik dan dekat dengan Maha Pencipta bahkan insyaAllah bila kita dah jadi yang terbaik, Dia akan berikan yg terbaik jugak untuk kita..

dan selebihnya tawakal pada takdir, dan jodoh kita.. Dia tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya sbb Dia yg ciptakan kita,

"kalau Allah makbulkan doa kamu bermakna Dia sayangkan kamu, jika Allah lambat makbulkn doa kamu bermakna Dia sedang menguji kamu, dan jika Dia tidak makbulkn doa kamu Dia punya perancangan yg lebih hebat untuk kamu

torazmaih said...

thnks a lot ira.....
alhamdulillah Allah kurniakan saya sahabat spt kmu....

yana lyana said...

soal jodoh ni selalu sgt jadi isu..
org akan sentiasa tanyaaaa je.
lagi2 yang single mingle tu, memang kusut kepala nak layan kann.. :)